
peristiwa-peristiwa di bulan syawalThursday, 23 August 2012 | 0Superstar (s)!
Pelbagai peristiwa besar telah
berlaku di bulan Syawal. Kami akan bicarakan sebahagiannya sebagai
langkah untuk mengenali sejarah kita dan membongkar sedikit daripada
tamadun kita pada masa umat Islam jahil tentang sejarah dan tamadun
dunia. Di antara peristiwa tersebut ialah: Perang Khandak (Ghazwah Ahzab) Pada tahun kelima Hijrah di bulan Syawal berlaku Perang Khandak. Faktornya berlaku Perang Khandak ialah orang-orang Yahudi setelah melihat kemenangan Musyrikin di dalam Perang Uhud mendorong pembesar Yahudi seperti Salam bin Ubai al-Haqiq dan lainnya telah keluar menemui pemimpin Quraisy di Mekah menggalakkan mereka untuk memerangi Rasulullah dan berjanji bersama mereka dan menolong mereka. Lalu musyrikin Mekah menyahut tawaran mereka. Kemudian mereka keluar menemui Ghatfan dan mereka turut menyahutnya. Kemudian mereka menemui kabilah-kabilah Arab dan mengajak mereka berperang. Setengah dari mereka bersetuju berperang. Tentera Quraisy dipimpin oleh Abu Sufyan bersama 4000 tentera dan disertai oleh Bani Sulaim, Bani Asad,Bani Fazarah, Bani Asyja’ dan lainnya sehingga jumlah tentera musyrikin seramai 10,000 orang. Justeru Rasulullah telah bermesyauarat dengan para sahabat bagi menghadapi situasi ini. Lalu Salman al-Farisi telah mencadangkan supaya menggali parit yang memisahkan antara musuh dan kota Madinah. Dengan itu Rasulullah saw telah memerintahkan kaum muslimin segera melakukan kerja-kerja penggalian. Bahkan baginda sendiri turut bekerja keras bersama-sama muslimin . Beberapa peristiwa luar biasa telah belaku semasa penggalian yang menunjukkan tanda kenabian seperti yang diriwayatkan secara mutawatir. Rasulullah saw telah keluar ke Khandak seramai 3000 orang tentera. Kedudukan tentera Islam ketika itu menjadikan bukit di sebelah belakang dan parit di sebelah depan. Kaum wanita dan anak-anak berkumpul di Madinah. Selepas sebulan Kota Madinah dikepung tentera musyrikin Allah telah mendatangkan pertolonganNya dengan mengutuskan tentera dan ribut yang menjadi sebab kemenangan yang besar kepada tentera muslimin. Dengan itu juga turun surah al-Al-Ahzab. Ghazwah Uhud Ghazwah Uhud adalah peperangan dhamir dan kemenangan ke atas jiwa, tarbiyah kelompok mukmin supaya dengar dan taat arahan pimpinan terutama di saat-saat genting. Ghazwah Uhud berlaku pada bulan Syawal tahun ketiga Hijrah setelah Musyrikin Mekah hendak menuntut bela di atas kekalahan mereka semasa Ghazwah Badar al-Kubra setelah kedudukan mereka tercemar di serata Semenangjung Arab. Terbukti dengan jelas di dalam gazwah ini pengorbanan para sahabat dan kecintaan mereka yang mendalam kepada Rasulullah saw. Tentera muslimin ditimpa kekalahan ekoran pasukan pemanah melanggar arahan nabi saw supaya bertahan di bukit biar apa terjadi. Jumlah muslimin yang syahid seramai 70 orang sahabat. Ghazwah Hunain Peperangan ini tercetus pada 7 Syawal tahun ke lapan Hijrah yang tertumpu di Lembah Hunain iaitu suatu lembah bersebelahan Zul Majaz. Jarak dengan Mekah sejauh 27 km yang terletak berdekatan dengan Arafah. Bilangan tentera muslimin seramai 12000 orang yang menggabungkan 10000 dari Madinah dan 2000 dari Mekah. Kejayaan Islam dalam Fathul Mekah telah mencetuskan kemarahan kabilah-kabilah Arab yang berdekatan Mekah. Lalu mereka bangkit memerangi Islam yang dipelopori Hawazin dan Thaqif. Para pemimpin kabilah-kabilah ini telah berkumpul dan bersetuju menyerahkan kepimpinan kepada Malik bin Auf Said dari kabilah Hawazin. Mereka juga bersetuju berjalan kaki untuk memerangi tentera muslimin. Segelintir tentera muslimin timbul perasaan “ghurur” setelah melihat jumlah mereka lebih ramai dari sebelumnya dan kedudukan mereka lebih kuat dari musuh. Dalam hal ini Allah mengungkapkan dalam firmanNya:
“Sesungguhnya
Allah Telah menolong kamu (hai para mukminin) di medan peperangan
yang banyak, dan (Ingatlah) peperangan Hunain, yaitu diwaktu kamu
menjadi congkak Karena banyaknya jumlah (mu), Maka jumlah yang banyak
itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikitpun, dan bumi yang luas itu
Telah terasa sempit olehmu, Kemudian kamu lari kebelakang dengan
bercerai-berai. Kemudian Allah menurunkan ketenangan kepada RasulNya
dan kepada orang-orang yang beriman, dan Allah menurunkan bala tentara
yang kamu tiada melihatnya, dan Allah menimpakan bencana kepada orang-
orang yang kafir, dan Demikianlah pembalasan kepada orang-orang yang
kafir. (At-Taubah: 25-26)
Kemudian datang pertolongan Allah dengan ribut dan tentera yang tidak kelihatan. Inilah kurniaan Allah kepada rasulNya dan para mukminin. Kelahiran dan kewafatan Raja Adil Nurudin Mahmud Zanki Menurut Ibn Athir tiada lagi selepas Umar bin abdul Aziz yang lebih adil seperti Raja Nurudin. Dia ialah Raja Adil Nurudin Abu al-Qasim Mahmud bin Raja Imaduddin Zanki raja Syam dan Mesir yang diberi gelaran Raja Adil. Baginda juga digelar dengan syahid kerana bercita-cita mati syahid. Baginda merupakan barisan raja dari keturunan Turki Saljuk yang juga raja yang paling adil, paling berketrampilan dan paling utama di zamannya. Baginda juga pemilik sekolah yang mengeluarkan Solahuddin al-Ayubi dan Zahid Peprus. Baliau lahir pada bulan 17 Syawal tahun 511H di Bandar Halab dan wafat pada 11 Syawal tahun 569H. Ghazwah Bani Qainuqa’ Ghazwah ini tercetus pada 15 Syawal tahun 2 Hijrah setelah Yahudi Bani Qainuqa’ mengkhianati perjanjian yang telah dimeterai antara Rasulullah bersama mereka. Bahkan mereka dengan segera melanggar perjanjian dan bertambah marah dan iri hati dengan kemenangan muslimin di Badar . Kini secara terangan mereka memusuhi muslimin setelah berlaku satu peristiwa di mana seorang lelaki Yahudi (tukang emas) mengangkat hujung baju seorang wanita Islam di pasar Bani Qainuqa’. Bila wanita itu bangun maka terselaklah auratnya, lalu ia memekik. Seorang lelaki Islam bingkas menyerang lelaki Yahudi itu dan membunuhnya. Kemudian Yahudi-yahudi yang lain pula berkumpul dan menerkam lelaki Islam tadi dan membunuhnya. Lantas orang-orang Islam memanggil muslimin yang lain dan membangkitkan kemarahan muslimin lainnya sehingga berlaku pergaduhan antara orang Islam dan Bani Qainuqa’ . Rasulullah telah mengepung selama 15 malam bermula pada 15 Syawal tahun kedua Hijrah menurut pendapat yang kuat sehingga bulan Zulqaedah. Akhirnya mereka tunduk dengan hukuman dan keputusan Rasulullah saw iaitu seluruh harta, isteri dan anak-anak serta diri mereka hendaklah keluar meninggalkan Madinah. Lalu mereka telah menuju ke Azar’at di Syam. Yahudi Bani Qainuqa’ adalah Yahudi yang pertama menentang nabi saw. Ayat al-Quran telah turun mengecam perbuatan Bani Qainuqa’. Firman Allah: “Katakanlah kepada orang-orang yang kafir: "Kamu pasti akan dikalahkan (di dunia ini) dan akan digiring ke dalam neraka jahannam. dan Itulah tempat yang seburuk-buruknya. Sesungguhnya Telah ada tanda bagi kamu pada dua golongan yang Telah bertemu (bertempur), segolongan berperang di jalan Allah dan (segolongan) yang lain kafir yang dengan mata kepala melihat (seakan-akan) orang-orang muslimin dua kali jumlah mereka. Allah menguatkan dengan bantuan-Nya siapa yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai mata hati.”. (Ali-Imran: 12-13) Kewafatan al-Hafiz Abu Daud As-Sajastani Sahib as-Sunan Beliau ialah Sulaiman bin Al-Asy’as bin Ishaq bin Basyir al-Azdi as-Sajastani seorang al-Hafiz dalam bidang hadith dan pengarang kitab Sunan “Sunan Abu Daud”. Beliau dilahirkan pada tahun 202 Hijrah. Beliau seorang pemaaf, baik hati dan warak. Di antara guru yang beliau hirup ilmu dan mengambil hadith ialah Imam Bukhari. Ada ulamak mengatakan tentangnya: “Lembutnya (berhati-hati) Abu Daud dalam meriwayatkan hadith seakan-akan Nabi Daud melembutkan besi”. Kitab beliau menunjukkan hal ini iaitu seakan-akan “besi”. Menurut al-Hafiz Az-Zahabi: “Imam Abu Daud seorang yang mengetahui selok belok dan keindahan di dalam hadith. Beliau merupakan di antara tokoh fuqaha’ yang pintar, bersahabat dengan Imam Ahmad, mengikuti pengajiannya untuk tempoh lama dan kerap bertanya soalan-soalan yang rencam berkaitan perkara furu’ dan usul. Imam Abu Daud telah menghimpunkan hadith di dalam kitab Sunannya sebanyak 5274 hadith. Keprihatinan beliau terhadap kitab ini terbukti dengan mengumpulkan hadith-hadith yang sering dijadikan dalil oleh para fuqaha’ dan diulang-ulang di kalangan mereka. Ramai para ulamak dari satu zaman ke zaman yang lain menggunakan himpunan hadith di dalam kitab beliau sebagai sandaran hukum dan menamakan hadith-hadith ini sebagai hadith hukum. Beliau wafat di Basrah pada hari jumaat 15 Syawal tahun 275H. Kewafatan Syeikh Muhammad al-Ghazali Beliau ialah al-Fadhil Prof. Muhammad al-Ghazali bin Ahmad as-Saqa al-Misri. Beliau merupakan seorang pemikir Islam terulung, pendakwah dan penulis. Lahir di daerah Buhairah di Mesir tahun 1335H. Beliau dikenali sebagai al-Ghazali kerana bapanya seorang yang sangat fanatic dengan Imam Ghazali pengarang Ihya’ Ulumuddin. Beliau telah belajar di Al-Azhar dan menyertai Ikhwan Muslimin, pernah dipenjara dan bekerja sebagai secretariat di Majalah Ad-Dakwah. Beliau telah mengambil jurusan syariah, usuluddin dan pengajian Arab di Univerisiti Al-Azhar dan Universiti Ummul Qura di Mekah. Terlibat dalam perkembangan fakulti Syariah di Universiti Qatar dan menyumbangkan tenaga dalam penubuhan Universiti Amir Abdul Qadir Islamiah di Algeria. Pernah sebagai pemerhati dan wakil bagi Kementerian Hal Ehwal Agama Mesir dan menerima anugerah pingat Raja Faisol kerana sumbangannya kepada Islam. Beliau seorang berbudi pekerti mulia, sering merendah diri, sopan santun, petah berbicara, menguasai hadith dan kaya dengan ilmu. Beliau meninggal dunia di Riyadh pada 19 Syawal 1417H dan dikebumikan di perkuburan Baqi’ di Madinah. Beliau telah mengarang lebih 60 judul. British menjajah Libya Berlaku pada 11 Syawal 1329H bersamaan 4 Oktober 1911M setelah berakhir penjajahan Itali di Libya. Ia berpunca di atas kelemahan umat Islam di semua tempat kerana dalam masa yang sama Perancis menjajah Tunisia, Algeria dan Morocco sementara British turut menjajah Mesir dan Qubrus. Di sinilah lahirnya tokoh mujahid Umar al-Mukhtar. Kewafatan Muhammad bin Sirin penulis kitab Tafsir mimpi Pada 9 Syawal tahun 110H berlaku kewafatan Muhmmad bin Sirin pengarang Kitab al-Ahlam. Beliau dilahirkan pada zaman Khalifah Uthman bin Affan r.a tahun 33H (653M). Beliau dikenali seorang yang zuhud dan warak. Beliau juga seorang pakar hadith yang bijak dan seorang pakar fiqh yang matang. Beliau adalah imam di zamannya dalam bidang ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal dalam bidang ilmu, feqh dan ta’bir mimpi. Bapanya dulu adalah budak suruhan Anas bin Malik yang kemudian dimerdekakan. Ibunya bernama Sofiyah yang merupakan budak suruhan Abu Bakar As-Siddiq r.a. Kelahiran Imam al-Bushairy pengarang Al-Burdah Beliau ialah Imam Syarafuddin Muhammad al-Bushairy pelopor ayat-ayat pujiaan kepada nabi . Lahir pada 1 Syawal 608H bersamaan 7 Mac 1213M di Mesir di daerah Bani Suef. Beliau memiliki nurani yang halus dan citarasa yang tinggi di dalam pujian kepada nabi. Beliau pernah bermimpi berjumpa nabi saw yang seolah-olah nabi menghampirinya sambil memakaikan pakaian burdah yang merupakan lambing ketinggian dan kemegahan. Lalu setelah bangun dari tidur beliau begitu riang gembira dan terus mengarang qasidah tentang nabi yang dinamakan Burdah. Perkahwinan nabi saw dengan Saidatina ‘Aisyah Perkahwinan ini hasil cadangan Khawlah binti Hakim untuk mengukuhkan hubungan dengan Abu Bakar as-Siddiq dan mengikatnya melalui hubungan musoharah. Lalu nabi telah meminangnya dan melangsungkan pernikahan pada bulan Syawal. Kewafatan Hassan al-Hudhaibi Beliau adalah Mursyid Am Ikhwan Muslimin yang kedua. Beliau lahir di daerah Qalyubi pada Disember 1891M. Pada tanggal 17 Oktober 1951 beliau telah dilantik sebagai Mursyid Am Ikhwan Muslimin selepas pengasas dan Mursyid yang pertama Imam Hassan Al-Banna. Di antara karya beliau ialah Duat la Qudhath, Inna Haza al-Qur’an, Islam wa al-Da’iyyah. Pada subuh khamis 14 Syawal 1393H bersamaan 11 November 1973 beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. keistimewaan bulan syawalSETELAH melewati bulan Ramadhan, kita memasuki bulan Syawal, bulan kesepuluh dalam penanggalan hijriyah. Nyaris tidak ada penyambutan terhadap datangnya bulan syawal. Berbeda dengan ketika menyambut Ramadhan, biasanya kita mengucapkan Marhaban Ya Ramadhan! Tapi untuk bulan Syawal, tidak pernah kita mendengar orang mengucapkan Marhaban Ya Syawal! Padahal, Syawal juga bulan istimewa dan memiliki keutamaan. Inilah beberapa keistimewaan bulan Syawal. Bulan Kembali ke Fitrah Syawal adalah bulan kembalinya umat Islam kepada fitrahnya, diampuni semua dosanya, setelah melakukan ibadah Ramadhan sebulan penuh. Paling tidak, tanggal 1 Syawal umat Islam “kembali makan pagi” dan diharamkan berpuasa pada hari itu. Ketibaan Syawal membawa kemenangan bagi mereka yang berjaya menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan. Ia merupakan lambang kemenangan umat Islam hasil dari "peperangan" menentang musuh dalam jiwa yang terbesar, yaitu hawa nafsu. Bulan Takbir Tanggal 1 Syawal, Idul Fitri, seluruh umat Islam di berbagai belahan mengumandangkan takbir. Maka, bulan Syawal pun merupakan bulan dikumandangkannya takbir oleh seluruh umat Islam secara serentak, paling tidak satu malam, yakni begitu malam memasuki tanggal 1 Syawal alias Malam Takbiran, menjelang Shalat Idul Fitri. Kumandang takbir merupakan ungkapan rasa syukur atas keberhasilan ibadah Ramadhan selama sebulan penuh. Kemenangan yang diraih itu tidak akan tercapai, kecuali dengan pertolongan-Nya. Maka umat Islam pun memperbanyakkan dzikir, takbir, tahmid, dan tasbih. “"Dan agar kamu membesarkan Allah atas apa-apa yang telah Ia memberi petunjuk kepada kamu, dan agar kamu bersyukur atas nikmat-nikmat yang telah diberikan" (QS. Al-Baqarah: 185). Bulan Silaturahmi Dibandingkan bulan-bulan lainnya, pada bulan inilah umat Islam sangat banyak melakukan amaliah silaturahmi, mulai mudik ke kampung halaman, saling bermaafan dengan teman atau tetangga, hala bihalal, kirim SMS dan telepon, dan sebagainya. Betapa Syawal pun menjadi bulan penuh berkah, rahmat, dan ampunan Allah karena umat Islam menguatkan tali silaturahmi dan ukhuwah Islamiyah. Bulan Ceria Syawal adalah bulan penuh ceria. Di Indonesia bahkan identik dengan hal yang serba baru –baju baru, sepatu baru, perabot rumah tangga baru, dan lain-lain. Orang-orang bersuka cita, bersalaman, berpelukan, bertangis bahagia, mengucap syukur yang agung, meminta maaf, memaafkan yang bersalah. Begitu banyak doa terlempar di udara. Begitu banyak cinta kasih saling diberikan antar seluruh umat manusia. Aura maaf tersebar di seluruh penjuru bumi, nuansa peleburan dosa, nuansa pencarian makna baru dalam hidup. Puasa Satu Tahun Amaliah yang ditentukan Rasulullah Saw pada bulan Syawal adalah puasa sunah selama enam hari, sebagai kelanjutan puasa Ramadhan. “Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringinya dengan puasa enam hari bulan Syawal, berarti ia telah berpuasa setahun penuh” (H.R Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, An-Nasa’i dan Ibnu Majah) “Allah telah melipatgandakan setiap kebaikan dengan sepuluh kali lipat. Puasa bulan Ramadhan setara dengan berpuasa sebanyak sepuluh bulan. Dan puasa enam hari bulan Syawal yang menggenapkannya satu tahun” (HR An-Nasa’i dan Ibnu Majah dan dicantumkan dalam Shahih At-Targhib). Bulan Nikah Syawal adalah bulan yang baik untuk menikah. Hal ini sekaligus mendobrak khurafat, yakni pemikiran dan tradisi jahiliyah yang tidak mau melakukan pernikahan pada bulan Syawal karena takut terjadi malapetaka. Budaya jahiliyah itu muncul disebabkan pada suatu tahun, tepatnya bulan Syawal, Allah Swt menurunkan wabah penyakit, sehingga banyak orang mati termasuk beberapa pasangan pengantin. Maka sejak itu, a kaum jahiliah tidak mau melangsungkan pernikahan pada bulan Syawal. Khurafat itu didobrak oleh Islam. Rasulullah Saw menunjukkan sendiri bahwa bulan Syawal baik untuk menikah. Siti Aisyah menegaskan: “Rasulullah SAW menikahi saya pada bulan Syawal, berkumpul (membina rumah tangga) dengan saya pada bulan Syawal, maka siapakah dari isteri beliau yang lebih beruntung daripada saya?”. Selain dengan Siti Aisyah, Rasul juga menikahi Ummu Salamah juga pada bulan Syawal. Menurut Imam An-Nawawi, hadits tersebut berisi anjuran menikah pada bulan Syawal. ‘Aisyah bermaksud, dengan ucapannya ini, untuk menolak tradisi jahiliah dan anggapan mereka bahwa menikah pada bulan Syawal tidak baik. Bulan Peningkatan Inilah keistimewaan bulan Syawal yang paling utama. Syawal adalah bulan “peningkatan” kualitas dan kuantitas ibadah. Syawal sendiri, secara harfiyah, artinya “peningkatan”, yakni peningkatan ibadah sebagai hasil training selama bulan Ramadhan. Umat Islam diharapkan mampu meningkatkan amal kebaikannya pada bulan ini, bukannya malah menurun atau kembali ke “watak” semula yang jauh dari Islam. Na’udzubillah. Bulan Pembuktian Takwa Inilah makna terpenting bulan Syawal. Setelah Ramadhan berlalu, pada bulan Syawal-lah “pembuktian” berhasil-tidaknya ibadah Ramadhan, utamanya puasa, yang bertujuan meraih derajat takwa. Jika tujuan itu tercapai, sudah tentu seorang Muslim menjadi lebih baik kehidupannya, lebih saleh perbuatannya, lebih dermawan, lebih bermanfaat bagi sesama, lebih khusyu’ ibadahnya, dan seterusnya. Paling tidak, semangat beribadah dan dakwah tidak menurun setelah Ramadhan. Wallahu a’lam. belajr terus belajarThursday, 26 July 2012 | 0Superstar (s)!
![]()
Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah, Malaikat dan Ahli (penduduk) langit dan bumi; hingga semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia. (HR al-Tarmizi, 300 hadis bimbingan oleh ustaz Zahazan Mohamad)
Ya Allah, berkatilah usaha dan kehidupan guru-guru kami.Dalam Islam, dilihat dari segi sejarah dan ajarannya, ada beberapa istilah yang digunakan mengenai guru. Antaranya ialah mu'allim, murabbi, mu'addib dan mudarris. Mu'allim ialah guru yang menjayakan proses penyampaian dan pembangunan ilmu dalam diri manusia (ta'lim). Dalam al-Quran, proses ta'lim ini dimulakan sendiri oleh Allah dalam ayat yang bermaksud: Dan Allah ajarkan kepada Adam (hakikat) segala nama.(Q.2.31) Kemuliaan Nabi Adam dengan mendapat taklim daripada Allah. Dengan memiliki ilmu menjadikannya sebagai makhluk paling mulia. Allah memerintahkan malaikat sujud memuliakannya, bukan sujud ibadat. Guru sebagai mu'allim, mengajar dan mengembangkan ilmu serta menjayakannya dalam masyarakat - satu usaha suci dan mulia. Dengan itu, kemuliaan kedudukan guru dalam sejarah dan masyarakat Islam terjamin. Sikap memuliakan guru dan ilmu pengetahuan oleh umat Islam mendapat sanjungan tinggi daripada Franz Rosenthal dalam bukunya Knowledge Triumphant. Beliau berpendapat sukar untuk dicari peradaban seperti Islam yang memuliakan ilmu pengetahuan dan guru. Kedudukan mulia diberikan kepada guru, walaupun mereka bukan berstatus ulama. Guru dipanggil juga sebagai murabbi, iaitu guru yang mendidik (menjayakan tarbiah). Mereka menjayakan peningkatan murid dari segi akal, rohani, jiwa dan fizikal. Mereka bertanggungjawab membentuk murid yang memiliki peribadi yang baik. Apa yang berlaku ialah proses peningkatan dalam diri murid. Guru yang mempunyai kemampuan sebagai murabbi - apa lagi murabbi dalam pengertian kerohanian - dipandang mulia dalam Islam kerana mereka mempunyai keperibadian yang mampu membawa manusia ke jalan kebaikan dan kebenaran sebagaimana yang dikehendaki Allah dan RasulNya. Alangkah beruntung dan bahagianya masyarakat dengan adanya guru yang bukan sahaja menyampaikan mata pelajaran kepada murid, tetapi turut meningkatkan peribadi dan kemampuan mereka. Guru yang berfungsi sebagai murabbi dan penuh iltizam diperlukan oleh masyarakat dan umat Islam dalam menghadapi pelbagai cabaran yang dihadapi Islam. Peradaban guru sedemikian sifatnya mampu menyelesaikan banyak masalah. Dalam Islam, guru juga dipanggil mursyid, iaitu guru yang membimbing, menentukan kehidupan serta nilai yang betul. Ini memang tepat dengan tujuan dan matlamat pendidikan sebagai proses menyampaikan kepada generasi muda, apa yang benar, baik dan unggul yang pernah diketahui, difahami, diyakini dan diamalkan dalam peradaban manusia, khususnya Islam. Ini termasuk setiap yang positif yang boleh dimanfaatkan daripada peradaban lain, termasuk barat. Mana-mana yang negatif pula perlu dijauhkan. Guru sebagai pendidik, adalah ahli ilmu yang membimbing manusia ke jalan yang betul dalam pandangan hidup, hidup kerohanian, akhlak dan kepakaran dalam bidang ilmu yang berfaedah. Dengan ini, dikatakan bahawa pendidikan atau irsyad itu berjalan seiring dengan matlamatnya. Dalam Islam guru juga dipanggil muaddib, iaitu guru yang menjayakan adab. Yang dimaksudkan dengan adab ialah semua jenis gerak-geri, sikap dan perbuatan serta nilai yang betul dan 'manis' dalam hubungan dengan semua pihak, bermula dengan Tuhan, orang tua, ibu, bapa, guru, rakan dan seterusnya. Inilah konsep adab yang menyeluruh dan luas yang disebutkan oleh Nabi Muhammad saw. dalam hadis yang lebih kurang bermaksud: Tuhanku menjayakan pendidikan adab dalam diriku dan Dia sempurnakan pendidikan adab itu. Adab dalam pengertian yang menyeluruh dan mendalam inilah yang dimaksudkan oleh al-Mawardi dalam kitabnya Adabud-Dunya wad Din (Adab hidup dunia dan hidup beragama). Kita boleh lihat bagaimana pendidikan tidak terpisah daripada adab atau akhlak yang tinggi. Pendidikan yang dijayakan oleh guru yang beradab kepada murid adalah pendidikan yang unggul. Ia memang diharapkan melihat kepada pelbagai masalah akhlak dan moral yang dihadapi sekarang. Kepentingan akhlak diberi penekanan yang wajar oleh Islam. Sebab itu Nabi Muhammad saw. bersabda lebih kurang maksudnya: Aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Dan Allah memuji Nabi Muhammad saw. dengan menyebut peribadinya yang agung dalam ayat yang kira-kira bernaksud: Sesungguhnya tuan hamba mempunyai peribadi yang agung (Q.4) Kita boleh bersetuju dengan pemikir barat mengenai peradaban dan moral. Albert Schweitzer dalam bukunya Civilization and Ethics menyebut, kualiti sesuatu peradaban itu terletak pada keberadaban tenaga moral dalam peradaban itu. Adanya guru yang beradab dan memberi pendidikan adab kepada murid selain mendidik ilmu, adalah penyelesai banyak masalah yang dihadapi masyarakat. Akhirnya guru digelar dalam Islam sebagai mudarris, iaitu mereka yang mengajar mata pelajaran kepada pelajar. Guru sebagai mu'allim, murabbi, muaddib dan mursyid adalah kualiti yang perlu diusahakan bersama supaya ia muncul di kalangan kita dan dengan itu banyak masalah akan selesai. Dalam peradaban Islam, ulama dan guru yang mempunyai fungsi menjayakan budaya ilmu dalam Islam berpandukan keimanan dan ketaqwaan. Mereka juga menjayakan kemahiran untuk umat, dengan itu golongan yang diajar menjadi umat yang unggul, menyuruh kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah. Mereka menjadi ustazaul'alam. Dengan ini manusia mendapat hasanah di dunia ini dan hasanah di akhirat. Tugas utama bagi guru ialah membentuk pandangan hidup yang betul dalam bentuk akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah. Pandangan hidup ini mengajar manusia hubungan yang betul dan tepat sesama manusia, Tuhan, alam dan kehidupan serta pengabdian manusia kepada Tuhan. Manusia menyempurnakan hidupnya di dunia demi untuk mencapai kebaikan dan kesempurnaan dalam alam yang kekal abadi. Masalah pandangan hidup dan akidah adalah masalah pokok. ingat mati cegah manusia bergelumang maksiat Usah menunggu tua untuk bertaubat, beramal salih kerana maut datang tanpa didugaMANUSIA yang tenggelam dalam kemewahan dunia, dikuasai hawa nafsu dan hidup dibelenggu maksiat amat sikit bahkan mungkin juga tidak mengingati malaikat maut pasti datang membawa perintah Allah untuk meragut nyawanya. Jika mengingati mati, pasti mereka ketakutan atau bersedih kerana mengingatkan apa yang bakal dihadapinya di alam akhirat, tetapi ia gusar mengenangkan harta bendanya serta segala kemewahan dunia yang bakal ditinggalkannya. Firman Allah: “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan pada hari kiamat saja akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia sudah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanya kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Ali Imran: 185).Ketahuilah kematian pasti tiba kepada seluruh umat tanpa mengenal erti bangsa, kedudukan, kekayaan atau gagah perkasa. Tiada sesiapa pun yang boleh melarikan diri daripada maut. Apabila ditetapkan waktu kematian seseorang, ia tidak akan tertunda atau dicepatkan walaupun sesaat. Firman Allah bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): “Sebenarnya maut yang kamu larikan diri daripadanya itu, tetap menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).” (Al-Jumu’ah: 8.)Dengan mengingati kematian, kita lebih berwaspada dalam menghadapi liku kehidupan dan sentiasa berusaha menurut perintah Allah dan Rasul-Nya serta meninggalkan larangannya kerana kita tidak tahu bila ajal tiba. Mengingati kematian menyebabkan kita teruja membuat persiapan rapi menghadapinya nanti. Oleh itu, Islam amat menganjurkan kita sentiasa mengingati kematian. Cara terbaik ialah mengenangkan keluarga, sahabat atau sesiapa saja yang boleh mempengaruhi hidup kita. Mereka mungkin memiliki kekayaan, jawatan besar serta disanjung tetapi kini jasadnya bersendirian di dalam kubur. Hartanya, kedudukannya serta sanjungan orang ramai kini terpisah daripadanya. Kita perlu serapkan di jiwa kematian juga pasti menjemput dan akan keseorangan di alam kubur. Kita juga perlu menziarahi kubur kerana membantu mengingati kita juga akan menghadapi nasib sama dengan ahli kubur itu. Islam juga menganjurkan kita menziarahi orang sakit serta menghadiri majlis pengebumian kerana dapat mengingatkan kita mengenai kematian. Mengingati kematian membawa nilai positif terhadap insan, maka banyak dalil menganjurkan manusia selalu mengingati kehidupan hanya sementara. Rasulullah juga mengkategorikan insan yang sentiasa mengingatkan kematian sebagai manusia paling bijaksana. Ibnu Umar berkata: “Aku bersama Rasulullah, lalu seorang lelaki Ansar datang kepada Baginda mengucapkan salam lalu bertanya: Wahai Rasulullah. Manakah antara kaum mukminin yang paling utama? Baginda menjawab: Yang paling baik akhlaknya antara mereka. Dia bertanya lagi: Manakah di antara kaum mukminin yang paling cerdik? “Baginda menjawab: Yang paling banyak mengingati kematian antara mereka dan paling bagus persiapannya selepas kematian. Mereka itu orang cerdik,” (Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah) Mengingati kematian juga boleh mendatangkan ketenangan jiwa seseorang sedang menghadapi kesulitan hidup. Ia menimbulkan kesedaran dunia bukan segala-galanya dan selepas kematian ada alam yang kehidupan serta kenikmatannya abadi. Bagi mereka yang dianugerahkan kesenangan, maka mengingati kematian menjauhkannya daripada kerlipan serta godaan duniawi. Kematian menyedarkannya kesenangan duniawi tidak kekal dan dia bakal berpisah dengannya. Hanya kehidupan di alam akhirat kekal abadi dan ini dapat menggerakkan jiwa untuk mempergunakan segala kesenangan di dunia ini demi mencapai kebahagiaan di akhirat. Oleh itu, dengan menyedari setiap bernyawa pasti akan menghadapi maut yang hanya diketahui Allah, pasti ia menimbulkan semangat untuk segera melakukan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Jika seseorang menangguhkan untuk melakukan amalan salih dan ternyata ajalnya tiba ketika asyik melakukan maksiat, dia termasuk orang yang rugi dan bakal mendapat balasan buruk di akhirat. Justeru, setiap umat Islam harus manfaatkan kehidupannya dengan cara terbaik iaitu mengerjakan amalan diperintah Allah dan Rasul-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Ketika tubuh sihat, kita manfaatkan semaksimum mungkin supaya menjadi insan beriman, bertakwa dan gemar mengerjakan amal salih. Mana tahu entah esok mahupun lusa kita ditimpa kecelakaan sehingga terlantar keuzuran dan tidak lagi mampu melakukan amalan yang salih. Na’uzubillah min zalik. Kita pergunakan hayat dengan menghindari perbuatan maksiat kerana mungkin entah esok mahupun lusa malaikat maut mencabut nyawa sedangkan kita masih bergelumang dengan dosa. sahabat sejatiSunday, 22 July 2012 | 0Superstar (s)!
![]()
Mempunyai satu
sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri
sendiri
Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah. Persahabatan sering menyuguhkan beberapa cobaan, tetapi persahabatan sejati bisa mengatasi cobaan itu bahkan bertumbuh bersama karenanya... Persahabatan tidak terjalin secara otomatis tetapi membutuhkan proses yang panjang seperti besi menajamkan besi, demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya.. Persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka, dihibur - disakiti, diperhatikan - dikecewakan, didengar - diabaikan, dibantu - ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian.. Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan, justru karena kasihnya ia memberanikan diri menegur apa adanya. Sahabat tidak pernah membungkus pukulan dengan ciuman, tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan dengan tujuan sahabatnya mau berubah. Proses dari teman menjadi sahabat membutuhkan usaha pemeliharaan dari kesetiaan, tetapi bukan pada saat kita membutuhkan bantuan barulah kita memiliki motivasi mencari perhatian, pertolongan dan pernyataaan kasih dari orang lain, tetapi justru ia berinisiatif memberikan dan mewujudkan apa yang dibutuhkan oleh sahabatnya. Kerinduannya adalah menjadi bagian dari kehidupan sahabatnya, kerana tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap egoistis. Semua orang pasti membutuhkan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya. Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabatnya. Ingatlah kapan terakhir kali anda berada dalam kesulitan. Siapa yang berada di samping anda ??? Siapa yang mengasihi anda saat anda merasa tidak dicintai ?? Siapa yang ingin bersama anda saat anda tak bisa memberikan apa-apa ?? MEREKALAH SAHABAT ANDA Hargai dan peliharalah selalu persahabatan anda dengan mereka. ** Dalam masa kejayaan, teman-teman mengenal kita. Dalam kesengsaraan, kita mengenal teman-teman kita ** allah maha pengampunSaturday, 21 July 2012 | 0Superstar (s)!
![]()
1. Daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu telah berkata : Aku mendengar
Rassulullah s.a.w. bersabda maksudnya : "Sesungguhnya Allah berfirman (maksud) :
Wahai anak Adam! Apabila engkau memohon dan mengharapkan pertolonganKu maka Aku
akan mengampunimu dan Aku tidak menganggap bahawa ia suatu yang bebanan. Wahai
anak Adam! Sekalipun dosa kamu seperti awan meliputi langit kemudian kamu
memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampuninya. Wahai anak Adam! Jika kamu
menemuiku(selepas mati) dengan kesalahan sebesar bumi, kemudiannya kamu
menemuiKu dalam keadaan tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan
datang kepadamu dengan pengampunan terhadap dosa sebesar bumi itu.
(Hadis Riwayat Imam Tarmizi dan kata beliau ia adalah hadis Hasan Sohih) 2. Di dalam sohih Muslim tercatat : Firman Allah Ta'ala ( maksud ) : "Sesiapa yang mendekatiKu sejengkal maka Aku akan mendekatinya sehasta. Dan sesiapa yang menghampiriKu sehasta maka aku kan menghampirinya sepemeluk dan sesiapa yang datang kepadaKu dalam keadaan berjalan maka Aku akan kepada dalam keadaan bersegera. Dan sesiapa menemuiKu (selepas mati) dengan dosanya sebesar bumi tetapi tidak syirik padaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan menemuinya dalam keadaan mengampuni dosa sebesar bumi itu." 3. Nabi s.a.w. bersabda bermaksud : "Demi Tuhan yang mana diriku berada pada tanganNya (kekuasaan) sekiranya kamu melakukan kesalahan sehingga memenuhi dosa-dosa itu antara langit dan bumi kemudian kamu memohon keampunan Allah nescaya Dia akan mengampunimu." 4. Di dalam Hadis Qudsi yang bermaksud : "Satu kebaikan akan diganda sepuluh malah lebih, manakala satu kejahatan tetap dikira satu (tidak diganda) ataupun aku mengampuninya. Sekalipun kamu menemuiKu (selepas mati) dengan dosa sebesar bumi tetapi tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu maka Aku akan menemuinya dengan mengampuni dosa sebesar itu." (Dipetik dari kitab Al-Ittihafat ) 5. Dalam hadis sohih yang lain yang bermaksud : "Doa adalah senjata bagi orang Mukmin, tiang agama dan cahaya yang menerangi langit dan bumi." 6. Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang banyak beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya daripada setiap kesusahan jalan penyelasaian, daripada setiap kesempitan jalan keluar dan akan diberikan rezeki dengan cara yang tidak diketahui." 7. Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud : "Tiada daripada seorang Muslim yang memohon do'a sedangkan dia sendiri bersih dari dosa dan juga dia tidak pernah memutuskan perhubungan silaturrahim sesama manusia melainkan Allah akan menganugerahi kepadanya satu dari tiga perkara ini : sama ada terus diterima do'anya, sama ada Dia akan menangguhnya sehingga hari akhirat ataupun disimpan(ampun) segala kejahatan yang seumpanya (permintaan tadi). Maka para sahabat bertanya : Sekalipun banyak? Sabda baginda s.a.w : "Allah lebih banyak pemberianNya." FAEDAH DAN PENGAJARAN HADIS 1. Islam menggalakkan kita agar memperbanyakkan beristighfar, selalu bertaubat kerana kita tidak lepas daripada dosa. Rasulullah s.a.w. sendiri sentiasa beristighfar lebih 70 kali setiap hari sedangkan baginda s.a.w. merupakan seorang Rasul yang maksum atau dipelihara daripada dosa besar dan kecil. 2. Keampunan Allah lebih besar daripada dosa yang dilakukan oleh hambaNya sekalipun besar dan banyak kerana rahmatNya dan kerana Dia Maha Kaya daripada makhlukNya. 3. Dosa itu adalah penyakit dan ubatnya adalah istighfar. 4. Dilarang sama sekali kita berputus asa daripada rahmat Allah dan diwajibkan kita agar sentiasa bersangka baik dengan kemaafan dan pengampunan dari Allah. Tetapi tidak dikira melampaui syariat sekira timbulnya perasaan terlalu takut pada Allah sehingga kita merasakan kita tidak akan diampun lagi tetapi dalam masa yang sama kita terus mengharap dan gerunkanNya. Kedua-duanya adalah sesuatu yang akan mengimbangkan fitrah pada diri seorang Muslim pada satu sudut dan kesan daripada tarbiyah Islamiah pada sudut yang lain.Tidak sempurna pengabdian melainkan dengan mengambil kedua-duanya sekali. 5. Allah mengampuni semua dosa selain daripada syirik kepadaNya samada melalui perbuatan, perkataan dan pengiktirafan hati. 6. Diminta agar kita sentiasa bersegera di dalam beristighfar dan bertaubat serta tidak melengahkannya. 7. Sesungguhnya perkara yang membawa kepada syirik kepada Allah akan menutup kita daripada rahmatNya. 8. Istighfar ialah dengan lidah manakala taubat pula dengan lidah, anggota dan hati iaitu dengan meninggalkan dosa lalu, bertekad untuk tidak mengulanginya dan menunaikan kewajipannya. 9. Tiga cara Allah menerima do'a hambaNya iaitu : a. Terus menerima segala permohonan dan permintaan yang dipohon b. Menangguhnya sehingga hari akhirat nanti c. Menghapuskan dosa yang sama kadarnya dengan permintaan yang diminta kepada Allah. 10. Antara adab-adab ketika berdo'a ialah : a. Mendatangkan di dalam hati rasa keinsafan ataupun sebarang permohonan yang hendak diminta bukannya sekadar diucap di mulut tetapi tidak terlintas atau terasa di hati tentang apa yang didoakan.Sebaik- baiknya jika kita kurang memahami bahasa Arab maka lebih baik kita menggunakan bahasa Melayu ketika berdo'a kecuali nama-nama Allah yang lebih baik gunakan bahasa Arab. b. Mengharapkan agar Allah akan menerimanya dengan penuh keyakinan bukannya di sana masih terdetik sikap kesangsian ataupun tidak terlalu mengharap ketika do'a dilakukan sambil lewa sahaja. c. Tidak mudah putus asa dengan terlalu mengharapkan segala doa yang dipohon terus diqabulkan oleh Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Menerima. d. Tetapkan hati dengan menjauhi perasaan mudah berubah hati ketika memohon do'a kepada Allah. 11. Adab Istighfar pula ialah : a. Memuji dan menyebut nama Allah dengan menyebut salah satu namanya terutama Al-Ghaffar, Ar-Rahman, Ar-Rahim. b. Menyebut penyelesalan ke atas dosa dengan menyebut dosa yang telah dilakukan. c. Memohon kepada Allah keampunan di atas dosa yang telah dilakukan. cara mendapatkan cinta sejatiCinta adalah anugerah dari Tuhan yang maha esa yang tidak dapat dipisahkan dari kehidupan manusia. Cinta antara laki-laki dan perempuan telah ada sejak manusia pertama turun ke dunia hingga sekarang. Cinta merupakan bumbu penyedap hidup yang sementara ini yang dapat memberikan kebahagiaan yang sejati. Cinta memang dapat membawa suka dan juka dapat membawa duka bagi orang-orang yang merasakannya. Berbagai problema cinta tercipta dari yang ringan hingga yang berat seperti naksir, cinta pada pandangan pertama, cinta bertepuk sebelah tangan, cinta segi tiga, cinta monyet, cinta harta, cinta palsu, cinta laura, dan cinta-cinta lainnya yang membuat dunia ini begitu menarik. Menurut saya cinta itu adalah sesuatu yang sakral yang sebaiknya tidak bermain-main dengannya. Bermain cinta memang menyenangkan bagi sebagian orang. Akan tetapi dampak buruk atau efek yang dapat ditimbulkan bagi orang yang cintanya dimainkan akan sangat tidak menyenangkan. Untuk itulah maka hargai cinta dan hormati cinta agar kita maupun orang lain di sekitar kita tidak terluka karena cinta. Berikut ini adalah tips cara dari organisasi.org bagaimana caranya agar kita bisa menikmati cinta tanpa harus melukai orang lain. 1. Jangan jadi playboy/playgirl dan hindari playboy/playgirl 2. Jika tidak suka atau biasa saja jangan pacari orang itu, pdkt dulu 3. Katakan cinta jika kita yakin dia adalah pasangan hidup kita 4. Cinta dan nafsu birahi adalah dua hal yang berbeda (no free sex) 5. Carilah orang yang baik, setia, jujur dan cinta kepada kita 6. Jangan pacaran/menikah sebelum dewasa (21 tahun ke atas) 7. Kejarlah cinta sampai ke negeri Cina, berjuanglah demi cinta 8. Berbagilah cinta dengan orang-orang di sekitar kita 9. Cinta tidak harus memiliki. Lupakan dan coba lagi bila gagal 10. Bina cinta yang ada hingga nafas terakhir selamanya 11. Jangan pernah sakiti orang yang kita cintai dengan alasan apapun 12. Cinta sejati tidak dapat dibeli dengan uang tapi pengorbanan 13. Tuhan telah memberikan anda jodoh, temukanlah cinta anda 14. Cinta harus direstui agama, hukum, keluarga & masyarakat Jangan pernah menyakiti hati orang lain baik bagi laki-laki maupun perempuan karena mereka memiliki akal pikiran, perasaan dan insting sehingga mereka akan patah hati dan terluka jika kita mengecewakannya. Orang yang rapuh dapat mati bunuh diri karena cinta. Orang yang dendam dapat melakukan tindakan kriminal atau perbuatan tidak menyenangkan kepada anda karena cinta. Oleh karena itu berhati-hatilah dengan cinta. Semoga hidup anda menjadi indah dengan cinta. |
The Disclaimer ![]() Hi peeps. Welcome to here and have a blast!:D Don't forget to follow!
Let's Talk!
![]()
The Credits!
Template by : Cherrybam and NadyaWiwit
Basecode by : Nadya Header by : Munirah Sidebar coding : Kak Fatin Full Edited : Nur Ayuni
![]() |